Thursday 22 September 2011

Pertandingan Merekayasa Peringkat Daerah Gombak 2011

Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang terlibat mewakili Sepintar & Unit Bimbingan Kaunseling dalam pertandingan yang julung kali diadakan. Kesungguhan para pelajar menyiapkan tugasan pertandingan berbaloi setelah memenangi Tempat Ketiga bagi kedua-dua kategori yang disertai iaitu Kalunselor Muda dan Video Korporat UBK.

Nama Pertandingan: Pertandingan Merekayasa Peringkat Daerah Gombak 2011
Tempat: SMV Sg Buluh
Tarikh: 22 Sept. 2011

Acara Dipertandingkan: i) Kaunselor Muda     ii) Video Korporat UBK    iii) Blog UBK (tidak menyertai)      iv) Facebook UBK (tidak menyertai)   vi) Bilik Kaunseling (tidak menyertai)

                   
Pendaftaran peserta Sepintar di Sek. Men. Voka. Sg Buluh
Pertandingan Kaunselor Muda: Saudari Aina Najiha

Peserta bergambar bersama Pen.Kanan Sepintar: Tn. Hj. Kamilen, Cik Rusaimah dan En. Shahnol selepas Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah.
Pelajar Sepintar bergambar bersama Sijil dan Trofi Kemenangan.
Saudari Aina Najihah: Tempat Ketiga Daerah bg Kaunselor Muda
Kumpulan mahir ICT mendapat tempat Ketiga Daerah: Video Korporat UBK

Tahniah!!!! diucapkan kepada peserta Sepintar yang telah bertungkus lumus sepanjang persediaan pertandingan dan membawa pulang hadiah kemenangan. Terima kasih diucapkan kepada Guru Pengiring yang sentiasa memberikan semangat Pn. Khairatul Adawiah, Cik Rusaimah dan En. Shahnol. Semoga berusaha lagi pada penyertaan akan datang...

Tuesday 6 September 2011

Lencana SEPINTAR


Ini adalah lencana rasmi bagi sekolah. Lencana ini dipamerkan di setiap uniform pelajar Sepintar. tahun 2002/1423H adalah tahun penubuhan Sepintar. Kini Sepintar telah berusia 9 tahun.

Selamat Datang ke Blog UBK Sepintar...

Blog ini khas untuk pelajar-pelajar dan bekas pelajar memberikan idea dan input-input bagi meningkatkan perkhidmatan Unit Bimbingan Kaunseling dan Pembimbing Rakan Sebaya Sepintar.
Sila beri komen untuk menaik taraf blog ini.